Tuesday, November 5, 2013

Program i-Think

Nama Program : Program i-Think
Hari : Isnin dan Selasa
Tarikh : 11 dan 12 November 2013
Tempat : Dewan Sri Gemilang Pej. Pelajaran Daerah Dalat
Masa : 0800 pagi hingga 1700 petang
Kumpulan Sasaran : Guru Besar, PK Pentadbiran dan seorang Ketua Panitia dari mana-mana mata pelajaran

Program ini sudah dijalankan di negeri-negeri lain seawal tahun ini sedangkan di peringkat Daerah Dalat baru dijalankan dalam minggu akhir persekolahan tahun ini.

  Keratan akhbar di bawah.....




Saturday, October 19, 2013

Piagam Pelanggan

* Memberi hasil kerja terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak Masyarakat dan wawasan Negara. 
 * Menentukan penghasilan murid yang mempunyai nilai-nilai yang diharapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Sains Negara.
 * Memberi peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang dan klasifikasi murid untuk mendapat Pendidikan yang sebaik-baiknya.
 * Sentiasa meningkat ilmu dan sahsiah khasnya murid-murid SK Kampung Senau,Dalat.
 * Mengeratkan hubungan baik antara semua ahli keluarga murni dan menyelesaikan sebarang maslah dalam bentuk kekeluargaan.
 * Mengembangkan ilmu bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited terlatih, berdisiplin dan produktif.
 * Mengurus kebajikan murid dengan cekap dan efektif.
 * Sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan pengajaran dan pemelajaran yang berkesan.
 * Mengangkat martabat profesion keguruan ke puncak kegemilangan.
 * Menggalakkan penyertaan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum anjuran sekolah dan     jabatan. 

Wednesday, October 16, 2013

ISU : PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited dan serius membangunkan sistem pendidikan negara yang memenuhi keperluan pelajar dan juga negara.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pendidikan menerapkan program dan inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.