Hari Kemerdekaan disambut pada setiap 31 Ogos. Setiap sekolah sama ada sekolah rendah maupun sekolah menengah akan mengadakan hari ambang merdeka iaitu sehari sebelum Hari Kemerdekaan sebenarnya.
 |
| Jalur Gemilang berkibar megah |
Biasanya semua murid berhimpun di satu lokasi sama ada di dewan atau di pekarangan sekolah dan ditaklimatkan oleh guru yang bertugas supaya menjaga disiplin dan keselamatan diri semasa berada di jalan raya.
Murid-murid mula diagihkan mengikut kelas masing-masing iaitu bermula dari murid Pra Sekolah hinggalah murid Tahun 6 sambil diawasi oleh guru.
 |
| Murid mengikut kelas masing-masing |
Murid-murid akan mula berjalan sambil membawa jalur gemilang (bendera Malaysia) dan bendera Sarawak dari kawasan sekolah dan sepanjang jalan kampung hingga ke kampung hilir dan balik semula ke sekolah.
 |
| Persembahan dari murid Tahun 5 |
Selain itu persembahan dari setiap kelas dengan menyanyikan lagu Patriotik, sajak serta pertandingan pakaian yang bertemakan kemerdekaan diadakan.
 |
| Semangat Patriotik |
 |
| Wajah salah seorang peserta |
Dengan adanya program seperti ini adalah untuk memupukkan nilai-nilai murni, cintakan negara serta memahami erti sebenarnya kemerdekaan yang diraikan setiap tahun.
Sejarah mengajar kita, dari itu hayatilah dan dalamilah sejarah negara kita Malaysia berkisar daripada negara yang dijajah hinggalah kita merdeka sudah lebih setengah abad.
Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku....
No comments:
Post a Comment