Wednesday, October 9, 2013

Perhimpunan pagi

Sejak ada dewan maka semua aktiviti dijalankan di dalam dewan. Khususnya perhimpunan pagi setiap hari Isnin.

Setiap orang murid  dibekalkan dengan bangku plastik untuk kegunaan semasa perhimpunan atau apa-apa aktiviti dijalankan.

Selain daripada itu aktiviti khas setiap pagi seperti Program Bijak Sifir, Program DEAR dan juga Program Bahasa Malaysia dijalankan dan diawasi oleh 4 orang guru setiap minggu di mana guru-guru ini dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Perhimpunan pagi Isnin
Sebelum memulakan program pagi, murid menyanyikan lagu Negaraku serta Misi dan Visi Sekolah.

Objektif mengadakan program-program sebegini adalah untuk memenuhi beberapa program sekolah demi meningkatkan daya ingatan murid dalam sesuatu mata pelajaran asas iaitu Matematik, Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dengan adanya program sebegini maka dapatlah memupuk minat dikalangan murid untuk membaca serta mengubah tatacara pembelajaran sedia ada.

















































No comments:

Post a Comment